Kelab Remaja Letari – Pemuda PAS Penang Buang Jongkong Emas Dalam Mangkuk Jamban

Dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani, saya singgah sebentar di Seberang Jaya untuk mengisi petrol. Alang-alang singgah, lepak kejap dalam stesyen yang nyaman dihembus udara dingin air-cond. Melangkahkan kaki nak cari pengalas perut, secara kebetulan bertemulah dua insan yang sudah lama terpisah. Maka berlakulah sesi Jejak Kasihan dalam Stesyen Minyak itu buat seketika. Sayangnya DPPNPP Tube (lebih sesuai dibaca DPPNPP Production) tak sempat datang untuk buat pengambaran. Kalau sempat mungkin ada peluang untuk saya jadi artis seperti bakal Ketua Pemuda yang semakin “ghairah” mencipta nama. Kagum saya dengan kegigihan mereka memerah idea untuk merangka modul-modul baru KRL Management; sebuah consultant yang cukup menyengat tetapi sayang sesungutnya telahpun dibuang. Perjuangan mereka membentuk Generasi Y sebagai pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan sewajarnya diketengahkan oleh badan yang menaunginya – Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang.

20121206_001708

Muhammad Fathur Rasyid bersama Iimran Za dan Merico Achenk

Peranan KRL dan Lujnah-lujnah

KRL Management yang mengenengahkan Modul Madeenah ini merupakan sebuah “GLC” Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang di bawah naungan Kelab Remaja Lestari (KRL). KRL Management ditubuhkan bagi melancarkan gerakerja KRL yang semakin terhalang. Sedangkan KRL ini umpama isteri muda yang subur kerana telah berjaya memainkan peranan yang cukup berkesan dalam memberi zuriat kepada PAS Pulau Pinang suatu ketika dahulu. KRL begitu aktif mengkader serta mentarbiyah ahli-ahli baru PAS melalui semaian fikrah haraki kepada kanak-kanak, remaja, belia dan mahasiswa. Bukan sekadar anak-anak ahli PAS yang mereka sasarkan malahan juga anak-anak ahli dari parti lawan. Tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa hasil usaha KRL, ramai anak muda yang menjadi geng kita walaupun latar belakang keluarga mereka begitu karat keUMNOannya. Maka sebab itu saya sering menggambarkan bahawa KRL adalah jongkong emas yang sangat berharga dalam menjana kekuatan Pemuda di Pulau Pinang. Sayangnya Jongkong Emas milik Pemuda PAS Pulau Pinang ini dibuang ke dalam mangkuk Jamban sahaja.

Bukan sekadar KRL, Lujnah-lujnah lain juga turut memainkan peranan yang berkesan walaupun tidak begitu menonjol seperti KRL. Sebagai contoh Lujnah Pengguna, Lujnah Ekonomi, DACS, Lujnah Perpaduan Nasional dan lain-lain. Masing-masing mempunyai visi yang jelas dalam meletakkan perjuangan PAS mendepani masa. Program-program yang direncana berjaya mengubah imej PAS pada perspektif Rakyat yang sebelum ini menganggap PAS hanyalah parti kampungan, parti tok lebai, parti ceramah dan parti kutip derma kepada parti yang lebih dinamik pendekatannya. Kita boleh melihat keterbukaan Setiausaha pemuda dahulu (Sdr Mohd Noor) berdiri sebaris dengan setiausaha-setiausaha AMK dan DAP dalam menyuarakan pendirian terhadap beberapa isu semasa. Hari ini perkara seperti ini sudah tidak berlaku lagi. Mungkin kerana setiausaha sekarang sibuk menghafal skrip filem-filem pendek untuk tayangan media yang dikawalnya. Begitulah situasi Pemuda PAS Pulau Pinang sedikit masa yang lalu; harmoni serta mampu bergerak secara bersama sebelum kehadiran Setiausaha sekarang.

Bermulanya Detik Suram

Kegigihan gerakerja KRL serta lujnah-lujnah dalam Dewan Pemuda yang sememangnya sentiasa pro-aktif mulai suram sejak 3-4 tahun kebelakangan ini. Idea-idea dari lujnah-lujnah dan jabatan dikritik hebat dan dihalang dari dilaksanakan. Hanya pandangan Penolong Setiausaha (Kini setiausaha merangkap Ketua Pemuda in-waiting) serta Lujnah Tarbiyah sahaja yang diterima. Jabatan Pembangunan Remaja yang terlibat secara lansung dalam KRL terus dipancung hidup-hidup sebelum sempat mengutarakan pandangannya lagi. Bermulalah ketika itu satu persatu tindakan “Parasit” ini melumpuhkan gerakerja lujnah yang lain sehingga dalam Dewan Pemuda PAS hanya Lujnah Tarbiyah, Jawatankuasa SRIBU, dan Jabatan Setiausaha sahaja dibiarkan terus hidup.

Penggal berikutnya (2011-2013) memperlihatkan rencana kumpulan “Ustaz-ustaz Taliban” dalam Pemuda semakin ketara terutamanya dalam menggilap nama individu tertentu (sudah pasti individu yang akan diangkat menjadi KP). Setelah mereka berjaya melumpuhkan gerakerja Lujnah-lujnah lain, maka gerakerja menerbitkan filem-filem pendek yang dibintangi individu tersebut semakin diperhebat. Anda semua boleh layari sendiri Blog Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang dan DPPNPPTube. Lihatlah sendiri siapa pelakon utama dalam setiap terbitan itu- orangnya tetap sama. Tidak cukup dengan filem-filem pendek, poster dan banner yang dinaikkan juga akan memaparkan wajahnya. Kedudukannya diletakkan sebaris dengan KP Boneka, Timbalan KP dan Naib KP sendiri. Majlis-majlis penting seperti Kenyataan akhbar berkaitan keraguan daftar pemilih dan pengundi hantu yang mendapat liputan media juga diketengahkan individu ini.

actor

Antara lakonan dalam filem pendek terbitan DPPNPP Tube

Oleh kerana Dewan Pemuda lebih menumpukan gerakerja menaikkan imej seorang individu, kesannya kesuluruhan pemuda di negeri Pulau Pinang menjadi lesu serta suram. Pemuda PAS Pulau Pinang tiada pelapis pemimpin yang berkarisme, tiada agenda memajukan parti untuk terus releven dalam masyarakat, malahan PAS tidak ada suatu polisi yang jelas untuk merialisasikan dasar perjuangan parti melalui Kerajaan Negeri mahupun Majlis Agama Islam. Walaupun PAS adalah kerajaan di Negeri Pulau Pinang, tetapi sikap pembangkang masih menebal dalam sanubari mereka. Walaupun PAS sebenarnya sudah cukup bersedia bersama-sama membebaskan puterajaya dalam PRU akan datang, puak-puak ini tetap dengan paradigma lama!

Bukan niat saya hendak memburukkan sahabat seperjuangan atau menjatuhkan individu tertentu. Sebagai ahli, rasa sayang pada parti dan hasrat melihat PAS bersama-sama rakan PR terus melangkah ke Puterajaya menyebabkan saya menulis artikel seperti ini. Demi menyelamatkan parti yang sudah tergelincir dan menunggu masa tersembam ke bumi kerana perbuatan individu-individu seperti PARASIT ini, saya akan terus berjuang melalui media baru ini untuk pastikan parti yang saya cintai akan terus mara kehadapan memimpin perubahan mendepani zaman!

Pesanan buat semua sahabat seperjuangan

1) Ingat pesanan Al-Marhum Ustaz Fadzil; kita adalah mata rantai dalam perjuangan ini. Bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang menyudahkan. Kita hanya penyambung kelansungan perjuangan. Andai kita tidak berbuat apa-apa dalam perjuangan ini, Allah akan gantikan dengan orang lain.

2) Buat Individu yang bercita-cita merebut jawatan serta menginginkan populariti, berhentilah menjadi ahli politik dan Jadilah artis. Jangan rosakkan parti hanya semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

By kembaraminda

Jadilah Pemimpin Yang Matang Dalam Perjuangan

Kita boleh ajar manusia sejarah, matematik, feqah, tauhid dan lain-lain, tetapi kita tak mampu mengajar manusia menjadi matang. Kematangan seseorang terbentuk hasil pengalaman hidup yang dilalui ditambah dengan pengetahuan yang dipelajarinya. Mungkin inilah bait kata yang sesuai untuk saya gambarkan tentang perjalanan hidup serta kebijaksanaan seseorang dalam merhadapan dengan realiti. Mungkin juga sebagai luahan perasaan terhadap pemberontakan hati kecil ini yang bergelora sentiasa sejak kebelakangan ini. Bukan nafsu yang diturutkan, bukan kedudukan yang dikejarkan, semata-mata rasa cinta dan sayang kepada sahabat dalam perjuangan. Andai tersalah saya terbuka dan berlapang dada menerima teguran serta kritikan. Andai ada benarnya, berlapang dada lah jua seperti mana yang ditekankan kepada kita sepanjang meniti proses pentarbiayahan.

YDP Balik PulauMungkin ada sahabat yang kurang selesa (mungkin juga tidak menyangka) setelah lebih setahun saya bertafakur tidak berkata-kata, tiba-tiba muncul mengkritik sesama sendiri. Sebab itu apabila perahu didayung melawan arus, kena bersedia untuk hadap perit dan susah. Baru semalam saya berbicara secara terbuka hari ini dah banyak respons diterima. Yang terkini baru sahaja sebentar tadi melalui handphone dari kekanda saya rupanya (juga big bos saya di peringkat kawasan); Al-Fadhil Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang pada saya beliau seperti seorang abang dan idola dalam perjuangan. Terima kasih atas teguran dan perhatian.

Kata kekandaku ini, “Azmir, awat kasaq sangat tulis dalam fb? Anta dok cakap kata sebelum-sebelum ni, kita nak tegur pimpinan kena ikut salurannya tapi anta sendiri hentam bagi semua orang nampak seolah-olah kita dok bergaduh…bla3x…

Kekandaku, Nak ikut saluran mana lagi? saya bukan pimpinan parti yang boleh suarakan pandangan dalam mesyuarat. saya adalah ahli biasa yang sayang pada parti. Tulisan saya hanyalah lontaran pandangan dari orang bawah yang berinteraksi dengan manusia melalui alam maya atau bersemuka. Kalau pandangan saya silap sila betulkan, tunjuk di mana silapnya. Kalau pandangan saya betul, jangan ego sangat untuk terima. Inilah namanya muhasabah diri buat seorang pemimpin. Saidina Omar Al-Khattab, seorang khalifah Islam yang hebat pun bleh menerima teguran dari rakyat ini pula kita yang ada satu kerusi dalam kerajaan negeri…

Anak bangsa Melayu jadi layu sebab sejak kecil diajar jangan…tak boleh…salah…dan seumpamanya. Mak Bapak sentiasa membunuh idea baru dan minat anak-anak untuk meneroka pengalaman baru. Bila anak-anak dah besar jadi mak bapak, perangai mak bapak macam dulu diwariskan kepada generasi seterusnya. Maknanya apa yang kita fikirkan hari ini hanyalah warisan pemikiran orang-orang terdahulu, tak ada pembaharuan! Yang ada hanyalah rungutan Melayu melayukan, Melayu ditindas, Melayu tidak terbela dan sebagainya.

Sekiranya Kepimpinan meneruskan budaya mengunci mulut ahli untuk memberi pandangan dan kritikan, sampai bila-bila PAS jadi Pembangkang! Sampai kiamat PAS tak ada generasi pelapis yang hebat dalam memimpin. Dalam erti kata yang mudah, Patutlah PAS Pulau Pinang tak ada anak tempatan untuk jadi ketua sbb dh MATI PUCUK semuanya…

By kembaraminda

PAS Pulau Pinang MATI PUCUK?

Petang tadi saya sempat ziarah orang lama PAS Pulau Pinang di Sungai Dua. Banyak tukar2 pandangan dan kongsi2 cerita. Dipendekkan cerita, saya cukup tertarik dengan kenyataan beliau,”Kepimpinan PAS Pulau Pinang sebenarnya MATI PUCUK!!! Mana anak Muda Penang yang sepatutnya memimpin gerakan pemuda dalam parti. Kena Import player luaq jadi pemimpin. Orang no 1 skrg sejak modify enjin pasang 2 kaburetor asyik tenggelam timbul. pelapis yang ditonjolkan pun org kedah.Asalkan naik poster gambar budak ni je yg keluar…anak bapak!” termenung seketika memikirkan siapakan org ni…sape ye manusia ini?

Bila dah lama “berehat” dari ikut serta program parti terasa otak saya ni kekurangan RAM walaupun storage besar lagi. Saya anak jati Pulau Pinang sedikit sebanyak terasa juga. Saya sekadar pernah memegang jawatan peringkat pemuda kawasan bukan tinggi manapun. Tapi bila imbas balik Poster2 yang bersepah di tepi jalan tu dapatlah gambaran siapa orang yang dimaksudkan itu. Setahu saya masa di Kedah dia cuma Ketua Lujnah ICT Pemuda Kawasan yang bapak dia jadi antara pemimpin tertinggi peringkat kawasan. Lari ke Penang sebab berniaga terus dilantik menjadi panglima perang. Hebat orang ni, klau tak hebat tak kan kekandanya nak lantik dia jadi panglima perang!

Saya pun terfikir juga bila tengok kepimpinan PAS negeri – hambar, tiada energy. Klau peringkat pemuda negeri dah kena ambik player import, 5-10 tahun lagi seluruh kepimpinan PAS negeri kita kena swastakan kepada org lain. Kawan2 pemuda yang dikasihi, istiqamahlah dalam perjuangan. Tapi perjuangan perlu ada strategi. Jangan mengkhinzir buta dalam mengikut pemimpin yang hebat berhujah menggunakan ayat Quran. Kita perlu menganjak paradigma dalam kepimpinan. Zaman telah berubah jadi pendekatan perlu berubah. Tak salah kekalkan imej kain pelekat dan serban asalkan tindakan memang berkesan untuk menjatuhkan lawan. Tak ada guna pertahankan cara lama klau musuh depan mata pun kita takut nak menghunus senjata!

By kembaraminda
Gallery

C.I.N.T.A. – Cinta Itu Nafsu Tanpa Akal

This gallery contains 1 photo.

Allah SWT mencipta manusia sebaik-baik kejadian berbanding makhlukNya yang lain. DianugerahiNya manusia dengan akal untuk berfikir, menilai, merencana, seterusnya membuat keputusan bagi menggerakkan jasad (tubuh badan) untuk bertindak. Manusia juga turut dianugerahkan nafsu yang sentiasa meruntun jiwa untuk berkehendak dengan … Continue reading

By kembaraminda

Salam Hijrah

Photo: Andai hari ini "biasa-biasa" je macam semalam, kita telah terpedaya. Andai hari ini sama je macam semalam, hidup kita telah sia-sia. Andai hari ini lebih baik dari semalam, kita lah orang2 yg berjaya...Istiqamah menongkah badai perjuangan. Salam Hijrah 1434.Andai hari ini “biasa-biasa” je macam semalam, kita telah terpedaya. Andai hari ini sama je macam semalam, hidup kita telah sia-sia. Andai hari ini lebih baik dari semalam, kita lah orang2 yg berjaya…
Istiqamah menongkah badai perjuangan. Salam Hijrah 1434.
By kembaraminda
Gallery

Simpulan Rindu Tautan Kasih

Ramai sahabat yang bertanya kemana saya menghilangkan diri selama lebih setahun sepi membawa diri. Sesekali saya agak hairan kerana pergerakan selama ini masih sama seperti dahulu. Hanya keaktifan dalam penglibatan aktiviti kemasyarakatan dikurangkan sedikit. Sesekali terasa bangga kerana “kehilangan” diri ini dirasai oleh rakan-rakan. … Continue reading

Banteras Judi Habis Habisan

Saya amat bersetuju dengan keputusan kerajaan pusat yang akhirnya mengambil keputusan untuk menarik balik kelulusan pertaruhan sukan. Namun, perjuangan kita sebagai seorang muslim tidak seharus terhenti setakat di sini sahaja. Judi merupakan satu maksiat yang terang-terang diharamkan oleh Islam bahkan tidak ada agama yang menghalalkan judi baik Kristian, Hindu, Budha dan sebagainya. Oleh itu semua umat manusia wajar meneruskan usaha mendesak kerajaan agar menarik balik atau tidak menyambung lesen judi yang sedia ada sekarang ini.

By kembaraminda

Salam Perjuangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. blog ini baru sahaja saya bangunkan untuk memenuhi kepantasan tuntutan semasa dalam menyampai dan berkongsi berita serta pandangan. Saya amat mengharapkan rakan-rakan yang melayari blog ini agar bersama-sama berkongsi pandangan/maklumat serta sentiasa memberikan teguran membina dalam setiap penulisan saya.

Selamat Meneruskan Perjuangan!!!

By kembaraminda