Jadilah Pemimpin Yang Matang Dalam Perjuangan

Kita boleh ajar manusia sejarah, matematik, feqah, tauhid dan lain-lain, tetapi kita tak mampu mengajar manusia menjadi matang. Kematangan seseorang terbentuk hasil pengalaman hidup yang dilalui ditambah dengan pengetahuan yang dipelajarinya. Mungkin inilah bait kata yang sesuai untuk saya gambarkan tentang perjalanan hidup serta kebijaksanaan seseorang dalam merhadapan dengan realiti. Mungkin juga sebagai luahan perasaan terhadap pemberontakan hati kecil ini yang bergelora sentiasa sejak kebelakangan ini. Bukan nafsu yang diturutkan, bukan kedudukan yang dikejarkan, semata-mata rasa cinta dan sayang kepada sahabat dalam perjuangan. Andai tersalah saya terbuka dan berlapang dada menerima teguran serta kritikan. Andai ada benarnya, berlapang dada lah jua seperti mana yang ditekankan kepada kita sepanjang meniti proses pentarbiayahan.

YDP Balik PulauMungkin ada sahabat yang kurang selesa (mungkin juga tidak menyangka) setelah lebih setahun saya bertafakur tidak berkata-kata, tiba-tiba muncul mengkritik sesama sendiri. Sebab itu apabila perahu didayung melawan arus, kena bersedia untuk hadap perit dan susah. Baru semalam saya berbicara secara terbuka hari ini dah banyak respons diterima. Yang terkini baru sahaja sebentar tadi melalui handphone dari kekanda saya rupanya (juga big bos saya di peringkat kawasan); Al-Fadhil Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang pada saya beliau seperti seorang abang dan idola dalam perjuangan. Terima kasih atas teguran dan perhatian.

Kata kekandaku ini, “Azmir, awat kasaq sangat tulis dalam fb? Anta dok cakap kata sebelum-sebelum ni, kita nak tegur pimpinan kena ikut salurannya tapi anta sendiri hentam bagi semua orang nampak seolah-olah kita dok bergaduh…bla3x…

Kekandaku, Nak ikut saluran mana lagi? saya bukan pimpinan parti yang boleh suarakan pandangan dalam mesyuarat. saya adalah ahli biasa yang sayang pada parti. Tulisan saya hanyalah lontaran pandangan dari orang bawah yang berinteraksi dengan manusia melalui alam maya atau bersemuka. Kalau pandangan saya silap sila betulkan, tunjuk di mana silapnya. Kalau pandangan saya betul, jangan ego sangat untuk terima. Inilah namanya muhasabah diri buat seorang pemimpin. Saidina Omar Al-Khattab, seorang khalifah Islam yang hebat pun bleh menerima teguran dari rakyat ini pula kita yang ada satu kerusi dalam kerajaan negeri…

Anak bangsa Melayu jadi layu sebab sejak kecil diajar jangan…tak boleh…salah…dan seumpamanya. Mak Bapak sentiasa membunuh idea baru dan minat anak-anak untuk meneroka pengalaman baru. Bila anak-anak dah besar jadi mak bapak, perangai mak bapak macam dulu diwariskan kepada generasi seterusnya. Maknanya apa yang kita fikirkan hari ini hanyalah warisan pemikiran orang-orang terdahulu, tak ada pembaharuan! Yang ada hanyalah rungutan Melayu melayukan, Melayu ditindas, Melayu tidak terbela dan sebagainya.

Sekiranya Kepimpinan meneruskan budaya mengunci mulut ahli untuk memberi pandangan dan kritikan, sampai bila-bila PAS jadi Pembangkang! Sampai kiamat PAS tak ada generasi pelapis yang hebat dalam memimpin. Dalam erti kata yang mudah, Patutlah PAS Pulau Pinang tak ada anak tempatan untuk jadi ketua sbb dh MATI PUCUK semuanya…

By kembaraminda

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s