Kelab Remaja Letari – Pemuda PAS Penang Buang Jongkong Emas Dalam Mangkuk Jamban

Dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani, saya singgah sebentar di Seberang Jaya untuk mengisi petrol. Alang-alang singgah, lepak kejap dalam stesyen yang nyaman dihembus udara dingin air-cond. Melangkahkan kaki nak cari pengalas perut, secara kebetulan bertemulah dua insan yang sudah lama terpisah. Maka berlakulah sesi Jejak Kasihan dalam Stesyen Minyak itu buat seketika. Sayangnya DPPNPP Tube (lebih sesuai dibaca DPPNPP Production) tak sempat datang untuk buat pengambaran. Kalau sempat mungkin ada peluang untuk saya jadi artis seperti bakal Ketua Pemuda yang semakin “ghairah” mencipta nama. Kagum saya dengan kegigihan mereka memerah idea untuk merangka modul-modul baru KRL Management; sebuah consultant yang cukup menyengat tetapi sayang sesungutnya telahpun dibuang. Perjuangan mereka membentuk Generasi Y sebagai pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan sewajarnya diketengahkan oleh badan yang menaunginya – Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang.

20121206_001708

Muhammad Fathur Rasyid bersama Iimran Za dan Merico Achenk

Peranan KRL dan Lujnah-lujnah

KRL Management yang mengenengahkan Modul Madeenah ini merupakan sebuah “GLC” Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang di bawah naungan Kelab Remaja Lestari (KRL). KRL Management ditubuhkan bagi melancarkan gerakerja KRL yang semakin terhalang. Sedangkan KRL ini umpama isteri muda yang subur kerana telah berjaya memainkan peranan yang cukup berkesan dalam memberi zuriat kepada PAS Pulau Pinang suatu ketika dahulu. KRL begitu aktif mengkader serta mentarbiyah ahli-ahli baru PAS melalui semaian fikrah haraki kepada kanak-kanak, remaja, belia dan mahasiswa. Bukan sekadar anak-anak ahli PAS yang mereka sasarkan malahan juga anak-anak ahli dari parti lawan. Tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa hasil usaha KRL, ramai anak muda yang menjadi geng kita walaupun latar belakang keluarga mereka begitu karat keUMNOannya. Maka sebab itu saya sering menggambarkan bahawa KRL adalah jongkong emas yang sangat berharga dalam menjana kekuatan Pemuda di Pulau Pinang. Sayangnya Jongkong Emas milik Pemuda PAS Pulau Pinang ini dibuang ke dalam mangkuk Jamban sahaja.

Bukan sekadar KRL, Lujnah-lujnah lain juga turut memainkan peranan yang berkesan walaupun tidak begitu menonjol seperti KRL. Sebagai contoh Lujnah Pengguna, Lujnah Ekonomi, DACS, Lujnah Perpaduan Nasional dan lain-lain. Masing-masing mempunyai visi yang jelas dalam meletakkan perjuangan PAS mendepani masa. Program-program yang direncana berjaya mengubah imej PAS pada perspektif Rakyat yang sebelum ini menganggap PAS hanyalah parti kampungan, parti tok lebai, parti ceramah dan parti kutip derma kepada parti yang lebih dinamik pendekatannya. Kita boleh melihat keterbukaan Setiausaha pemuda dahulu (Sdr Mohd Noor) berdiri sebaris dengan setiausaha-setiausaha AMK dan DAP dalam menyuarakan pendirian terhadap beberapa isu semasa. Hari ini perkara seperti ini sudah tidak berlaku lagi. Mungkin kerana setiausaha sekarang sibuk menghafal skrip filem-filem pendek untuk tayangan media yang dikawalnya. Begitulah situasi Pemuda PAS Pulau Pinang sedikit masa yang lalu; harmoni serta mampu bergerak secara bersama sebelum kehadiran Setiausaha sekarang.

Bermulanya Detik Suram

Kegigihan gerakerja KRL serta lujnah-lujnah dalam Dewan Pemuda yang sememangnya sentiasa pro-aktif mulai suram sejak 3-4 tahun kebelakangan ini. Idea-idea dari lujnah-lujnah dan jabatan dikritik hebat dan dihalang dari dilaksanakan. Hanya pandangan Penolong Setiausaha (Kini setiausaha merangkap Ketua Pemuda in-waiting) serta Lujnah Tarbiyah sahaja yang diterima. Jabatan Pembangunan Remaja yang terlibat secara lansung dalam KRL terus dipancung hidup-hidup sebelum sempat mengutarakan pandangannya lagi. Bermulalah ketika itu satu persatu tindakan “Parasit” ini melumpuhkan gerakerja lujnah yang lain sehingga dalam Dewan Pemuda PAS hanya Lujnah Tarbiyah, Jawatankuasa SRIBU, dan Jabatan Setiausaha sahaja dibiarkan terus hidup.

Penggal berikutnya (2011-2013) memperlihatkan rencana kumpulan “Ustaz-ustaz Taliban” dalam Pemuda semakin ketara terutamanya dalam menggilap nama individu tertentu (sudah pasti individu yang akan diangkat menjadi KP). Setelah mereka berjaya melumpuhkan gerakerja Lujnah-lujnah lain, maka gerakerja menerbitkan filem-filem pendek yang dibintangi individu tersebut semakin diperhebat. Anda semua boleh layari sendiri Blog Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang dan DPPNPPTube. Lihatlah sendiri siapa pelakon utama dalam setiap terbitan itu- orangnya tetap sama. Tidak cukup dengan filem-filem pendek, poster dan banner yang dinaikkan juga akan memaparkan wajahnya. Kedudukannya diletakkan sebaris dengan KP Boneka, Timbalan KP dan Naib KP sendiri. Majlis-majlis penting seperti Kenyataan akhbar berkaitan keraguan daftar pemilih dan pengundi hantu yang mendapat liputan media juga diketengahkan individu ini.

actor

Antara lakonan dalam filem pendek terbitan DPPNPP Tube

Oleh kerana Dewan Pemuda lebih menumpukan gerakerja menaikkan imej seorang individu, kesannya kesuluruhan pemuda di negeri Pulau Pinang menjadi lesu serta suram. Pemuda PAS Pulau Pinang tiada pelapis pemimpin yang berkarisme, tiada agenda memajukan parti untuk terus releven dalam masyarakat, malahan PAS tidak ada suatu polisi yang jelas untuk merialisasikan dasar perjuangan parti melalui Kerajaan Negeri mahupun Majlis Agama Islam. Walaupun PAS adalah kerajaan di Negeri Pulau Pinang, tetapi sikap pembangkang masih menebal dalam sanubari mereka. Walaupun PAS sebenarnya sudah cukup bersedia bersama-sama membebaskan puterajaya dalam PRU akan datang, puak-puak ini tetap dengan paradigma lama!

Bukan niat saya hendak memburukkan sahabat seperjuangan atau menjatuhkan individu tertentu. Sebagai ahli, rasa sayang pada parti dan hasrat melihat PAS bersama-sama rakan PR terus melangkah ke Puterajaya menyebabkan saya menulis artikel seperti ini. Demi menyelamatkan parti yang sudah tergelincir dan menunggu masa tersembam ke bumi kerana perbuatan individu-individu seperti PARASIT ini, saya akan terus berjuang melalui media baru ini untuk pastikan parti yang saya cintai akan terus mara kehadapan memimpin perubahan mendepani zaman!

Pesanan buat semua sahabat seperjuangan

1) Ingat pesanan Al-Marhum Ustaz Fadzil; kita adalah mata rantai dalam perjuangan ini. Bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang menyudahkan. Kita hanya penyambung kelansungan perjuangan. Andai kita tidak berbuat apa-apa dalam perjuangan ini, Allah akan gantikan dengan orang lain.

2) Buat Individu yang bercita-cita merebut jawatan serta menginginkan populariti, berhentilah menjadi ahli politik dan Jadilah artis. Jangan rosakkan parti hanya semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

About these ads
By kembaraminda

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s